Panduan Lengkap Buat Kad Kahwin DIY Sendiri

Panduan Lengkap Buat Kad Kahwin DIY Sendiri

Salah satu cara yang kebanyakan bakal pengantin nak buat bila nak kahwin ni ialah nak buat kad kahwin DIY yang dibuat sendiri.

DIY tu sendiri bermaksud Do-It-Yourself. Bukan suruh orang lain buat.

Bukan susah pun. Asalkan ada peralatan yang sesuai dan kemahiran buat design, memang boleh la nak buat kad sendiri, kan?

Sebelum anda mula design kad kahwin DIY anda, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu.

Berapa jumlah kad yang ingin dibuat atau dicetak?

Yang ni paling penting sebab ia akan menentukan berapa bajet yang anda kena sediakan.

Kalau nak buat 100 ke, 200 ke, 300 ke even nak buat 1000 pun, setiap keping ni ada harganya.

Kalau anda guna printer di rumah kebanyakannya boleh print A4. Bergantung kepada saiz kad, samada nak buat saiz 4″ x 6″ atau 4″ x 8″.

Sekeping A4 boleh muat lebih kurang 3 keping kad sahaja jika disusun dengan betul.

Apakah peralatan yang diperlukan untuk buat kad kahwin DIY?

Paling asas ialah ada komputer samada desktop ataupun laptop, tak kisah anda guna Windows ataupun Mac.

Kalau anda nak cetak kat rumah, anda kena ada printer warna dengan dakwat atau ink cartridge yang mencukupi.

Seterusnya, bila dah siap cetak, setiap kad ni perlu dipotong. Maka anda perlu ada gunting atau pisau yang tajam. Lebih elok guna pisau sebab lagi jitu potongannya.

Jangan lupa juga cutting mat sebagai alas bila nak potong guna pisau.

Pembaris besi yang panjang juga perlu untuk membantu menghasilkan potongan yang lurus.

Secara ringkasnya, peralatan yang anda perlu ada di rumah untuk buat kad DIY ialah:

  • Komputer – laptop atau desktop
  • Printer warna
  • Ink cartridge warna
  • Gunting
  • Pisau
  • Cutting mat (boleh beli di Lazada)
  • Pembaris besi
  • Stok kad seperti art card

Software atau app untuk buat design

Jika anda seorang yang biasa buat design, anda pasti familiar dengan software seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.

Tapi ada juga software yang lebih mudah seperti buat design dengan Microsoft Word ataupun Powerpoint.

# Tutorial buat kad kahwin dengan Microsoft Word

Anda juga boleh gunakan software online seperti Canva dan Crello.

Nak print sendiri atau hantar ke kedai printing kad kahwin?

Untuk memudahkan dan mencepatkan kerja anda, lebih baik design yang telah disiapkan tu dihantar ke kedai printing atau pun kedai kad kahwin.

Sebabnya kedai-kedai sebegini memang ada printer yang boleh print banyak pada harga yang murah dan berkualiti.

Kalau anda perlu masa 2 minit untuk potong sekeping kad dengan kemas, bayangkan kalau ada 300 keping kad.

Anda akan habiskan 600 minit bersamaan 10 jam untuk potong saja.

Kebanyakan kedai printing ada mesin cutter yang besar dan boleh potong tebal-tebal dalam masa 10 minit sahaja.

Jika anda perlu perkhidmatan printing kad kahwin yang anda design sendiri, anda boleh hubungi kami di Kad Dansa melalui WhatsApp – 010-3163730 atau klik http://wa.me/60103163730

Selamat mencuba!

Leave a Comment