Prosedur Mendirikan Perkahwinan / Nikah di Negeri Perak Darul Ridzuan

1. KURSUS KAHWIN

-kursus ni wajib amik diambil oleh bakal pasangan suami isteri. Sijil Kursus Kahwin ni hanya boleh dipakai sekali sahaja ye. Kalau nk kahwin lagi, kena la amik lg skali.
Masa : 2 hari (8 pagi – 5 petang)
Yuran : RM80.00
Prosedur Nikah Perak
Sijil Kursus Pra Perkahwinan

BELI BORANG PERMOHONAN NIKAH

-Borang permohonan nikah ni belah laki perlu hantar dlu ke pejabat agama daerah dia, lepas pejabat agama daerahnye lulus baru la belah pompuan boleh hantar borang y lengkap tu ke pejabat agama belah pompuan plk ye. Borang permohonan nikah laki or pompuan ni sama sahaja kalau pasangan kita sama negeri. Mcm cda n husband la.. so, kami guna borang yang sama. Jadi husband beli 2set borang.. 1 untuk dia, 1 untuk cda.

HARGA BORANG : RM1.00 /satu

Ambil UJIAN SARINGAN HIV (LELAKI N PEREMPUAN)

  • Ujian Saringan HIV ni WAJIB diambil oleh semua bakal pengantin. Beberapa info pasal Ujian Saringan HIV ni:-
  • Ujian Saringan HIV boleh dibuat di klinik/hospital kerajaan SAHAJA.
  • Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di klinik/hospital yang berdekatan dengan tempat tinggal. Salah satu alasan y cda tau (nurse c2 bgtau la) adalah memudahkan bila nk preggnant/bersalin nanti sbb rekod dah ada ditempat tinggal kita. Jadi, make sure jgn terus terjah je klinik/hospital u olls tu, make sure u oll tanya dlu kat pegawai di pejabat agama tu u oll kena buat ujian di klinik/hospital mana. Kemudian, u olls make call klinik/hospital tu utuk tahu masa n hari yang dorg sediakan perkhidmatan Ujian Saringan HIV.
  • Suruh u oll call slu sbb bukan smua klinik/hospital buat perkhidmatan tu setiap hari.
  • Link ni untuk semak no telefon n alamat klinik/hospital kat Malaysia nih :- http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/3
  • Keputusan Ujian diketahui pada masa tu jugak. Cda buat di Klinik Kesihatan Padang Rengas. Dalam 2 jam settle!!
  • Ujian TALASEMIA hanya dijalankan selepas Ujian HIV selesai. tu pon kalau Pembantu Perubatan tu suspek sesuatu pada keputusan ujian darah tu.(katanye laaaa)
    Selesai, balik la!

LENGKAP BORANG PERMOHONAN NIKAH (LELAKI)

  • dalam borang tu perlu lengkapkan …
  • Borang1 (Maklumat diri dan pasangan)
  • Borang Status Pemastautin
  • Borang Akuan Bujang
  • Borang Saringan HIV
  • kepilkan bersama lampiran:-
  • Salinan IC Pengantin Lelaki – 2 salinan
  • Salinan IC Pengantin Perempuan – 2 salinan
  • Sijil Asal (Ori) Kursus Pra Perkahwinan
  • Salinan Kursus Pra Perkahwinan – 1 salinan
  • Kemudian hantar semua dokumen-dokumen lengkap tu ke Pejabat Agama Daerah ( Lelaki)
  • Tunggu dalam 2,3 hari je untuk pihak pejabat agama tu sahkan permohonan kita.
  • Boleh amik dan serahkan ke pihak perempuan plk utk proses di Pejabat Agama Daerah (Perempuan)

Lengkap BORANG PERMOHONAN NIKAH (PEREMPUAN)

  • hampir sama mcm belah laki cuma tambahan de BORANG WAKALAH .Jangan lupa bawa lampiran ni:-
  • Salinan IC Pengantin Lelaki – 2 salinan
  • Salinan IC Pengantin Perempuan – 2salinan
  • Salinan IC Wali – 2 salinan
  • Sijil Asal (Ori) Kematian (Jika wali selain bapa) – 2 Salinan
  • Sijil Asal Kursus Pra Perkahwinan (Lelaki n Perempuan)
  • Salinan IC 2 orang Saksi (bawa semasa akad nikah) – 2salinan

-Isi lengkap dan hntar bersama-sama Borang Permohonan Nikah (Lelaki) yang dah siap disahkan tu ke Pejabat Agama Daerah (Perempuan)

  • Sediakan RM5 semasa serahkan Borang Permohonan Nikah (Perempuan) sebagai yuran proses.
  • Tgu dalam seminggu untuk ambil Borang yang dah disahkan. Tapi selalunya tok kadi amik dlu. (dia lagi cepat dari kita)
  • Tunggu jela smpe hari nk menikah.. Lepas je nikah, Tok kadi akan serahkan Sijil Nikah Sementara.(cda terima hari nikah 2 juga, sgt express tok kadi ni)
  • Untuk Sijil Nikah pula, selalunya amik masa 3 minggu untuk disiapkan. (bergantung pada pejabat agama daerah masing2)
  • Lepas dapat Sijil Nikah, boleh la apply untuk Kad Nikah  plk… Cara2 apply Kad Nikah lain entry plk ye kita cite.

Kredit: Kongsi 4 Share

Leave a Comment