5 Langkah Mudah Buat Design Kad Kahwin Digital Dengan Canva Mobile

5 Langkah Mudah Buat Design Kad Kahwin Digital Dengan Canva Mobile

Memang tidak dapat dinafikan bahawa majlis perkahwinan memerlukan bajet yang besar. Jadi telah ramai yang mencari alternatif untuk mengurangkan sedikit bajet perkahwinan mereka termasuklah dengan membuat kad kahwin digital.

Kad kahwin digital amat mudah untuk dilakukan dan masih kelihatan profesional. Anda hanya memerlukan sebuah telefon pintar dan juga aplikasi Canva.

Jadi, artikel ini akan berkongsi langkah untuk membuat kad kahwin digital anda sendiri.

1: Muat turun aplikasi Canva

Contoh aplikasi Canva di Play Store

Jika menggunakan telefon pintar, anda perlu memuat turun aplikasi Canva di Play store atau App Store. Selain itu, Canva juga boleh digunakan di komputer. Anda boleh memuat turun desktop version di sini. Setelah mempunyai applikasi Canva, daftar masuk menggunakan akaun Google atau Facebook anda. Sekarang anda boleh mula mereka kad kahwin impian anda.

Log masuk dengan akaun anda

2: Pilih saiz kad anda

Seterusnya, pilih saiz kad kahwin digital dengan 2 cara ini.

a) Memilih saiz yang tersedia dengan template

Anda boleh meneroka theme ‘wedding invitation’ atau ‘wedding card’untuk mendapatkan saiz kad yang bersesuaian. Taip wedding invitation/card > Pilih template yang tersedia.

kad kahwin digital

b) Menggunakan saiz yang tersendiri

Klik Create a design> Custom size> Tukar kepada unit pilihan (in/mm) > Masukkan unit ukuran> Create a new design. Di bawah merupakan saiz kad kahwin yang biasa digunakan di Malaysia.

Saiz Kad Kahwin
Kredit: HaniKunie

3: Personalisasi mengikut cita rasa sendiri

Sekarang anda boleh mereka cipta kad kahwin digital anda mengikut pilihan yang anda inginkan. Anda boleh menukar skema warna, memuat turun foto anda dan pasangan serta meletakkan elemen reka bentuk di galeri yang tersedia. Dari font ke sekecil kecil garisan juga boleh dipersonalisasikan. Sememangnya Canva menyediakan ruang berkreativiti tanpa batasan.

4: Masukkan details majlis

Selepas anda berpuas hati dengan design kad kahwin digital anda, jangan lupa untuk memasukkan details atau perincian majlis perkahwinan anda. Berikut merupakan antara perkara penting yang perlu anda masukkan.

-Nama pengantin perempuan dan pengantin lelaki
-Tarikh, masa dan lokasi
-Arahan RSVP
-Kata alu-aluan atau doa

5: Kongsi dan Cetak

Setelah kad kahwin digital yang ada idamkan selesai, anda boleh terus kongsikan kad tersebut di emel, whatsapp atau media sosial. Jika anda ingin mencetak jemputan perkahwinan tersebut, anda boleh menggunakan Canva Print utuk mendapatkan cetakan berkualiti tinggi.

Diharap artikel ini membantu anda untuk menghasilkan kad kahwin idaman anda.

Leave a Comment